Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

Kaifiyat meletakkan tangan ketika duduk tahiyyat

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

Meletakkan telapak tangan di atas peha, merapatkan jari-jari, melakukan isyarat dengan jari telunjuk kanan, menaikkan jari telunjuk pada waktunya dan selainnya, masing-masing merupakan amalan sunat yang tersendiri.

Menurut pendapat al-mu‘tamad, sepanjang masa jari telunjuk dinaikkan, janganlah jari telunjuk tersebut digerak-gerakkan. Hukum menggerakkannya adalah makruh kerana boleh mengganggu kekhusyukan seseorang dalam sembahyang, namun perbuatan itu tidaklah membatalkan sembahyang. Ini kerana perbuatan menggerak-gerakkan jari dalam sembahyang dikira sebagai pergerakan yang sedikit.

Terlupa mengangkat jari telunjuk ketika Tahiyyat

Mengangkat jari telunjuk kanan tatkala sampai pada kalimat ‘Ilallah’ ketika mengucap syahadat adalah sunat dan bukanlah ia wajib atau rukun.

Oleh yang demikian, seseorang yang duduk Tahiyyat Awal dalam sembahyang dan tidak mengangkat jari telunjuknya tatkala sampai pada kalimat ‘Ilallah’ tidaklah membatalkan sembahyangnya. Umpamanya dalam sembahyang fardhu Zohor, apabila dia bangkit dari Tahiyyat Awal dalam rakaat kedua tanpa mengangkat jari telunjuknya, maka hendaklah dia teruskan baki sembahyangnya sehingga selesai dan sembahyangnya itu dikira sah serta sempurna. Adapun meninggalkan mengangkat jari telunjuk disebabkan lupa tidaklah dituntut untuk melakukan sunat sujud Sahwi.

Ini kerana sepertimana yang telah dijelaskan, mengangkat jari telunjuk kanan itu adalah daripada sunat hai’at dan bukanlah sunat ab‘adh.

Sebagai kesimpulan, ke arah mencapai kesempurnaan sembahyang, selain daripada tumpuan yang teliti pada kesempurnaan pelaksanaan segala rukun sembahyang, pemerhatian terhadap perkara-perkara sunat dalam sembahyang dan pelaksanaannya juga boleh dipertingkatkan untuk menuju ke arah yang dimaksudkan. Terdapat sunat-sunat hai’at yang boleh ditekuni ketika duduk Tahiyyat seperti cara meletakkan dua tangan dan kedudukan jari-jari, tempat dan cara meletakkan ibu jari kanan, waktu yang disunatkan untuk menaikkan jari telunjuk kanan kemudian waktu menurunkannya, hala pandangan mata dan selainnya.

Mengangkat jari telunjuk kanan tatkala sampai pada kalimat ‘Ilallah’ ketika mengucap syahadat adalah sunat dan bukanlah ia wajib atau rukun.
Artikel sebelum iniPupuk amalan kitar semula
Artikel seterusnyaBrunei pilih Stadium KLFA
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -