Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kain rentang Sambutan Jubli Emas mula dijual

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Kain rentang untuk lot kedai sempena sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, kini mula dijual.

    Kain rentang berkenaan boleh didapati di D’Sunlit Sdn Bhd, Estet Perindustrian Ringan Beribi, Fasa II, Gadong dan Wang Jia Wang Teamwork Sdn Bhd, Bangunan Dato Lim Seng Kok, Kampung Madewa, Jalan Tutong, bagi Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Temburong.

    Bagi Daerah Belait ia boleh dibeli daripada JYM Company Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Ringan, Kuala Belait dan bagi Daerah Tutong kain rentang dijual di Restoran Ho Yuen, Jalan Enche Awang, Tutong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda