Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    KAJ anjur majlis khatam Al-Quran ke-6

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Kumpulan Amal Jariah Brunei (KAJ), hari ini, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran ke-6, yang berlangsung di Surau Polis Gadong.

    Aktiviti membaca Al-Quran secara berkumpulan merupakan aktiviti tahunan yang telah berlangsung melalui kumpulan WhatsApp bermula 1 Jun hingga 29 Julai lalu dengan disertai seramai 68 orang ahli KAJ.

    Majlis berkenaan juga diserikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Harapandi Dahri.

    Ceramah bertajuk ‘Teman Sejati ku Al-Quran’ menyentuh mengenai kebaikan mengamalkan pembacaan Al-Quran.

    Dr Harapandi Dahri juga mengapalai khatam Al-Quran dan membaca Doa Khatam, sementara itu zikir dialunkan oleh ahli jawatan kuasa dan jemaah KAJ.

    Malis juga diteruskan dengan penyampaian dua jenis sumbangan wakaf daripada iaitu satu TV 43 inci dengan aplikasi jam waktu solat daripada KAJ dan dua set almari penyimpanan Al-Quran daripada jemaah Ahlul Quran KAJ.

    Majlis khatam Al-Quran juga diserikan dengan tazkirah ringkas.
    Antara yang menyertai majlis khatam Al-Quran di Surau Polis Gadong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...