Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Kaji keberkesanan kawalan rabies

KUCHING, 25 Julai – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak akan mengkaji aktiviti kawalan penularan wabak rabies atau anjing gila yang sedang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan keberkesanannya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi JBPN Sarawak berkata ketika ini aktiviti kawalan penularan dilaksanakan dengan mengadakan pemvaksinan di pangkalan aktiviti serta kawasan sekitar dalam radius 10 kilometer dari kawasan itu dan juga memindahkan anjing liar dalam kawasan tersebut.

“Semalam, saya ada berjumpa dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam) melihat strategi yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kita bersama-sama melihat dan merancang bagaimana untuk bergerak ke hadapan dan objektif utama adalah untuk membendung dan menghapuskan penyakit ini secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya dekat sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai hasil perbincangan Jawatankuasa Khas Kerjasama Pencegahan dan Kawalan Wabak Rabies antara Sarawak dan Kalimantan, Uggah berkata beliau akan mendapatkan laporan mengenai perkara itu petang ini.

“Perbincangan diketuai oleh Datuk Jaul Samion (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar), mereka baru habis mesyuarat, kita (JPBN Sarawak) akan mengadakan satu mesyuarat kira-kira 5:30 petang nanti untuk mendapatkan laporan,” katanya.

Setakat semalam, JPBN Sarawak mewartakan 20 kawasan di Sri Aman, Serian, Tebedu dan Kuching sebagai kawasan wabak rabies, yang setakat ini meragut nyawa empat kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -