Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kaji kewangan blockchain atasi kekurangan makanan

    LABUAN, 2 NOV – Neurogine Group of Companies, pembangun teknologi-kewangan bagi platform mudah alih untuk perbankan, pembayaran, pembrokeran wang, pedagang dan banyak lagi, akan menyelidik bersama satu kajian dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menangani kekurangan makanan di negara ini.

    Penyelidikan itu berbentuk kajian selama setahun, dengan geran yang disediakan oleh Neurogine, mengenai penggunaan kewangan blockchain dan perkhidmatan tokenisasi untuk membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya petani dan pekebun kecil domestik, mengakses dana pasaran modal global dan mencari pelaburan dalam usaha mereka untuk meningkatkan hasil dan menangani kekurangan makanan yang kini dialami banyak negeri.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Neurogine, Owen Chen berkata pasukan khusus dari Neurogine dan UMS terdiri daripada lima penyelidik akan menjalankan kajian itu.

    “Kami telah memilih penyelidik khusus selepas meneliti semua aspek dan prosedur saringan yang rapi sejak Julai 2022,” katanya kepada Bernama selepas memberi ceramah mengenai penipuan di Kolej Antarabangsa UMS Labuan (UMSKAL) di sini hari ini.

    Chen berkata fokus penyelidikan itu sejajar dengan Rangka Tindakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan, pelan hala tuju strategik lima tahun, dan menyokong pelaksanaan Pusat Aset Digital Islam Labuan baru-baru ini.

    “Kita telah berdepan kenaikan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam harga makanan dan gangguan bekalan makanan.

    “Gangguan sedemikian mempunyai kesan ketidakstabilan makro termasuk penyakit sosial, kadar pengangguran dan jenayah,” katanya. – Bernama

    Owen Chen semasa bercakap kepada pelajar di Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah Labuan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...