Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kaji selidik kenal pasti cabaran wanita

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Dengan matlamat untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai data nasional dan mengenal pasti jurang dengan data antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS) akan menjalankan Kaji Selidik Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam bermula 25 Jun hingga 31 Julai depan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KKBS, di sini, kaji selidik itu juga bermatlamat untuk mengenal pasti cabaran semasa, lazim dan peluang wanita di negara ini dan untuk memajukan pembangunan wanita serta menyokong pembangunan pelan tindakan kebangsaan terhadap wanita di bawah Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak.

    Kaji selidik itu akan dijalankan dengan cara temu bual bersemuka bersama responden wanita secara rawak yang berumur 15 tahun ke atas di keempat-empat daerah. Temu bual bagi kaji selidik itu juga akan melibatkan responden lelaki daripada isi rumah yang terpilih.

    Kenyataan menekankan bahawa maklumat yang diperoleh akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan untuk keperluan dalaman.

    Dalam hubungan itu, KKBS memohon kerjasama orang ramai untuk menjayakan Kaji Selidik Pembangunan Wanita di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...