Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kaji selidik kenal pasti kesan COVID terhadap pemakanan bermula 23 Jun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Satu kaji selidik akan dijalankan bagi mengenal pasti kesan pandemik COVID-19 terhadap pemakanan serta amalan-amalan pengambilan dan perkhidmatan makanan di Negara Brunei Darussalam. 

    Kaji selidik berkenaan akan dijalankan melalui aplikasi BruHealth bermula 23 Jun ini, di mana peserta akan dipilih secara rambang dan dipelawa untuk melengkapkan soal selidik. 

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesi-hatan, petang tadi.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan lanjut bahawa hasil kaji selidik berkenaan akan membantu Kementerian Kesihatan dalam merancang respons bagi mengurangkan kesan pandemik terhadap pengambilan pemakanan pada masa akan datang.

    Antara kumpulan sasaran bagi kaji selidik tersebut adalah ibu atau penjaga bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah, ibu atau penjaga bagi kanak-kanak berumur antara dua hingga 19 tahun, kanak-kanak berumur 15 sehingga 18 tahun serta ibu-ibu mengandung dan sedang menyusukan atau ibu-ibu yang baru melahirkan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang dipelawa untuk menyertai kaji selidik itu adalah dialu-alukan bagi memberikan kerjasama dengan melengkapkan soal selidik sepenuhnya supaya program yang akan dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna, seru Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...