Kaji semula simpang empat Kampung Mentiri

Saya salah seorang pengguna yang tinggal di sekitar RPN Kampung Mentiri ingin membuat aduan terhadap persimpangan empat di kawasan berkenaan.

Kami penduduk di sekitar berkenaan sangat bersyukur dengan adanya lampu isyarat di persimpangan tersebut. Namun, masalah lalu lintas di kawasan berkenaan belum dapat diatasi.

Apa yang saya lihat, beberapa punca yang mengakibatkan kesesakan jalan raya setiap pagi di kawasan berkenaan, antaranya jalan menuju kedai salah sebuah kedai di sana sering berlakunya kesesakan kerana kedai itu menjadi persinggahan orang ramai dan ketiadaan kawasan laluan takeover sebelah kiri.

Permasalahan kedua adalah disebabkan dua lorong menjadi satu. Di samping itu juga, kawasan restoran dan kedai runcit berhampiran lampu isyarat perlu diperluaskan lagi.

Hampir setiap hari pada waktu tengah hari, juga berlaku kesesakan disebabkan pengguna yang tidak bertolak ansur dan tidak mengikut undang-undang lalu lintas. Sehinggakan ada yang berhenti di petak kuning menghalang kereta dari laluan lain.

Justeru, dipohonkan agar pihak tertentu mengkaji semula kawasan berkenaan, di mana punca sebenar kesesakan tersebut. Pihak tertentu perlu melakukan statistik pengguna jalan raya di kawasan tersebut untuk mengetahui jangka masa lalu lintas diperlukan untuk menghalang berlakunya kesesakan.

Pengguna