Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kajian: Air hujan tidak selamat diminum

    STOCKHOLM, 10 OGOS – Air hujan di seluruh dunia tidak lagi selamat untuk diminum berikutan tahap baharu bahan kimia toksik dikenali sebagai PFAS kini melepasi garis panduan terbaharu.

    Menurut kajian terbaharu oleh saintis di Universiti Stockholm, bahan kimia PFAS yang digelar ‘forever chemicals’ kerana mengambil masa amat lama untuk terurai, dan kali pertama ditemui dalam bahan pembungkusan barang, syampu atau alat solek.

    Bagaimanapun, ia kini dikatakan sudah tersebar ke seluruh alam sekitar termasuk air dan udara.

    “Tiada tempat di dunia ini di mana air hujan selamat untuk diminum, berdasarkan sukatan yang kami nilai,” kata Profesor universiti itu, Ian Cousins, yang mengetuai kajian diterbitkan dalam Environmental Science and Technology kepada AFP.

    Data dihimpunkan sejak 2010 yang dikaji pasukannya menunjukkan tahap air hujan di Antartika atau dataran Tibet turut melepasi garis panduan air minuman dicadangkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat.

    Dua lokasi berkenaan yang lazimnya dianggap paling bersih masih merekodkan tahap PFAS 14 kali lebih tinggi berbanding garis panduan air minuman ditetapkan EPA.

    EPA baru-baru ini menurunkan garis panduan PFAS secara signifikan selepas mendapati bahan kimia berkenaan berupaya menjejaskan tindak balas imun kanak-kanak terhadap vaksin, kata Cousins. PSAS yang diserap tubuh manusia akan terus terkumpul dalam badan.

    Ada kajian menunjukkan pendedahan kepada PFAS juga boleh membawa kepada masalah kesuburan, merencatkan pertumbuhan kanak-kanak, meningkatkan risiko obesiti atau kanser tertentu selain meningkatkan tahap kolesterol. – AFP

    Orang ramai memakai pelitup muka berjalan semasa waktu hujan di Hong Kong pada 9 Ogos. Data menunjukkan tahap air hujan di Antartika juga melepasi garis panduan air minuman dicadangkan EPA Amerika Syarikat. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...