Kajian: Anak kecil cerna ‘jutaan’ mikroplastik

PARIS, 20 OKT – Penggunaan susu botol untuk anak kecil mungkin memakan lebih dari satu juta kepingan mikroplastik setiap hari, kajian terbaharu yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan banyak plastik dalam produk makanan.

Terdapat bukti yang semakin meluas bahawa manusia memakan sebilangan besar zarah kecil, terbentuk apabila kepingan plastik yang besar dipecahkan, tetapi tidak ramai yang mengetahui akibatnya terhadap kesihatan.

Penyelidik dari Ireland menunjukkan kadar mikroplastik yang dilepaskan dalam 10 jenis botol susu anak kecil atau aksesori yang diperbuat daripada polipropilena, atau lebih diketahui digunakan untuk bekas makanan.

Mereka mengikut garis panduan rasmi dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai pensterilan dan keadaan penyediaan susu formula.

Pada ujian yang dibuat dalam tempoh 21 hari, pasukan mendapati bahawa botol mengeluarkan antara 1.3 dan 16.2 juta mikropartikal plastik seliter.

Mereka menggunakan data ini untuk memodelkan potensi anak kecil di seluruh dunia terdedah kepada mikroplastik dari penggunaan botol susu, berdasarkan kadar purata penyusuan susu ibu.

Mereka menganggarkan bahawa secara purata botol susu anak kecil mungkin mempunyai 1.6 juta mikropartikal plastik setiap hari semasa 12 bulan pertama setelah anak kecil dilahirkan.

Penulis penyelidikan, yang diterbitkan dalam jurnal Nature Food, mengatakan bahawa pensterilan dan pendedahan pada suhu air yang tinggi memberi kesan terbesar kepada pembebasan mikroplastik, meningkat dari 0.6 juta zarah per liter secara purata pada 25 darjah Celsius hingga 55 juta seliter pada 95 darjah Celsius.

Penulis memberitahu AFP bahawa matlamat kajian ini ‘bukan untuk merisaukan ibu bapa’ mengenai potensi risiko kesihatan dari mikroplastik botol.

“Kami telah mendedahkan dengan sedaya upaya kami, bahawa kami tidak tahu potensi risiko kesihatan pencernaan mikroplastik bagi anak kecil,” kata pasukan dari Kolej Trinity, Dublin. – AFP