Kajian: Lockdown hindari 3 juta kematian

PARIS, 8 JUN – Lockdown menghindari kira-kira 3.1 juta kematian di 11 buah negara Eropah, menurut satu kajian yang disiarkan hari ini, apabila kebanyakan negara secara berwaspada keluar daripada langkah ketat itu untuk menghentikan penularan koronavirus baharu.

Penyelidikan oleh Imperial College London, dengan ahli sains menasihatkan kerajaan Britain mengenai virus, mendapati sekatan seperti perintah berkurung berjaya mengawal epidemik tersebut.

Menggunakan data Pusat Kawalan Penyakit Eropah mengenai kematian di 11 negara dalam tempoh sehingga 4 Mei, mereka membandingkan jumlah kematian yang diawasi di negara-negara ke atas kes yang diramalkan oleh model mereka jika tiada sekatan dikenakan.

Mereka menganggarkan kira-kira 3.1 juta kematian telah dihindari oleh dasar berkenaan. Penyelidik juga meramalkan bahawa campur tangan telah menyebabkan jumlah penularan – berapa orang yang dijangkiti – berkurangan sebanyak 82 peratus, kepada kurang 1.0.

“Keputusan kami menunjukkan campur tangan bukan farmaseutikal, dan peraturan lockdown terutamanya, mempunyai kesan yang besar dalam mengurangkan jangkitan,” kata penulis dalam kajian itu, disiarkan dalam Nature Research.

“Campur tangan berterusan harus dipertimbangkan untuk mengawal jangkitan SARS-CoV-2.”

Penyelidik menganggarkan di antara 12 dan 15 juta orang telah dijangkiti dalam tempoh itu, atau di antara 3.2 dan 4 peratus daripada jumlah penduduk di 11 buah negara berkenaan.

Sebelas buah negara yang dimaksudkan adalah Jerman, Perancis, Itali, Britain, Sepanyol, Belgium, Austria, Denmark, Norway, Sweden dan Switzerland. – AFP