Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Kajian: Peranan Semut penting dalam ekosistem dunia

-

WASHINGTON, 20 SEPT – Terdapat sekurang-kurangnya 20 kuadrilion semut di muka bumi, menurut satu kajian baharu yang mengatakan jumlah tersebut mungkin lebih rendah daripada populasi keseluruhan serangga itu, di mana ia memainkan peranan penting dalam ekosistem dunia.

Kajian terbaharu ini diterbitkan dalam jurnal Prosiding Akademi Sains Kebangsaan (PNAS) yang mana penyelidik menganalisis 465 kajian mengukur bilangan semut di lapangan.

Kajian itu menggunakan dua teknik iaitu memasang perangkap bagi semut yang lalu lalang dalam tempoh masa tertentu, atau menganalisis bilangan semut pada tompokan daun tertentu di atas tanah.

Walaupun kajian dijalankan di semua benua namun hanya sedikit data atau tiada langsung maklumat diperoleh di beberapa wilayah utama termasuk Afrika tengah dan Asia berhubung jumlah semut.

“Inilah sebabnya mengapa jumlah sebenar semut di seluruh dunia mungkin jauh lebih tinggi daripada yang dianggarkan,” menurut kajian itu.

Menentukan populasi global semut adalah penting untuk mengukur kesan perubahan kepada habitat serangga itu termasuk disebabkan perubahan iklim.

Semut memainkan peranan penting, menyebarkan benih, menjadi tuan rumah organisma dan berfungsi sama ada sebagai pemangsa atau mangsa.

Sehingga kini, terdapat lebih 15,700 spesies dan subspesies semut yang ditemui di seluruh dunia namun jumlah itu dikatakan sama dengan bilangan yang masih belum dikaji.

Bagaimanapun hampir dua pertiga daripadanya hanya terdapat dalam dua jenis ekosistem iaitu hutan tropika dan padang rumput tropika.

Berdasarkan anggaran bilangan semut, jumlah biojisim global dianggap sebanyak 12 megaton karbon kering, sekali gus lebih banyak daripada gabungan burung liar dan mamalia, serta 20 peratus daripada manusia. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

7 maut kebakaran di kompleks beli-belah Korea

SEOUL, 26 SEPT – Satu kebakaran tercetus di tingkat bawah tanah sebuah kompleks membeli-belah di bandar Daejeon, Korea Selatan hari ini, meragut tujuh nyawa,...
- Advertisment -