Kajian: Perlu amalkan penjarakan sosial hingga 2022

WASHINGTON, 15 APRIL – Perintah berkurung satu kali tidak mungkin menghentikan koronavirus dan tempoh penjarakan sosial berulang mungkin diperlukan sehingga 2022 untuk mengelak hospital daripada menjadi terlalu membebankan, kata ahli sains Harvard yang mengeluarkan model trajektori pandemik semalam.

Kajian mereka keluar tatkala AS memasuki tempoh kemuncak COVID-19 dan menyatakan hasrat untuk melonggarkan langkah ‘lockdown’ yang ketat.

Simulasi komputer kumpulan Harvard, yang disiarkan dalam jurnal Science, mengandaikan COVID-19 akan menjadi bermusim, seperti koronavirus yang berkait rapat yang mengakibat selesema, dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi pada bulan lebih sejuk.

Namun banyak yang masih tidak diketahui, termasuk tahap imuniti yang diperoleh oleh jangkitan sebelumnya dan berapa lama ia berlaku, kata penulis. – AFP