Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kajian: Tembakau, alkohol punca utama kanser di seluruh dunia

    PARIS, 19 OGOS – Hampir separuh daripada penyakit kanser di seluruh dunia boleh dikesan kembali kepada faktor risiko yang diketahui, terutamanya tembakau atau alkohol, menurut satu kajian global yang penting ditemui mengatakan bahawa perubahan tingkah laku boleh membantu mengurangkan ancaman penyakit.

    Kajian yang diterbitkan dalam Lancet dan dijalankan sebagai sebahagian daripada program penyelidikan yang dibiayai oleh Yayasan Bill Gates menyimpulkan bahawa 44.4 peratus kematian akibat kanser di seluruh dunia berpunca daripada faktor risiko yang diketahui.

    Kajian The Global Burden of Disease ialah program penyelidikan serantau dan global yang komprehensif yang melibatkan beribu-ribu penyelidik dari kebanyakan negara di seluruh dunia.

    Kajian itu membuat analisa terhadap kesan 34 faktor risiko dan mengesahkan apa yang telah diketahui secara meluas iaitu tembakau merupakan faktor penyumbang terbesar kepada kanser sebanyak 33.9 peratus kes, diikuti alkohol dengan 7.4 peratus.

    Kajian tersebut juga mendapati bahawa lebih separuh daripada semua kematian kanser lelaki adalah disebabkan oleh faktor risiko tersebut, manakala lebih satu pertiga daripada kematian adalah wanita.

    “Penyakit kanser kekal sebagai cabaran kesihatan awam yang penting serta semakin meningkat di seluruh dunia,” kata pengarah Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan di Sekolah Perubatan Universiti Washington, Chris- topher Murray selaku pengarang bersama kajian tersebut.

    “Merokok terus menjadi faktor risiko utama untuk kanser di seluruh dunia, dengan penyumbang besar lain kepada penyakit kanser berbeza-beza.”

    Walau bagaimanapun, menurut kajian tersebut, kira-kira separuh daripada kanser tidak dikaitkan dengan faktor risiko yang diketahui. Diagnosis dan rawatan awal wajar dilakukan bagi usaha pencegahan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...