Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kajol keguguran selepas penggambaran KKKG

    Filem Kabhi Khushi Kabhi Gham (KKKG) merupakan salah satu kejayaan dalam kerjaya seni pelakon terkenal Bollywood iaitu Kajol.

    Namun di sebalik kegembiraan mendapat sambutan hangat penonton, ada cerita sedih yang dilalui oleh pelakon itu apabila dia mengalami keguguran selepas selesai penggambaran.

    “Saya sedang hamil ketika penggambaran filem tersebut pada tahun 2001, namun kemudian mengalami keguguran.

    “Saya berada di hospital apabila filem tersebut selesai penggambaran. Semuanya berjalan dengan baik namun ia tidak menggembirakan saya,” katanya seperti dilaporkan Bollywood Hugama.

    Kajol dan suaminya iaitu Ajay Devgan mendirikan rumah tangga pada Februari 1999 selepas lima tahun bercinta. Pasangan ini kini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Nysa dan Yug. – Agensi

    Kajol dan Ajay Devgan mendirikan rumah tangga pada Februari 1999 selepas lima tahun bercinta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...