Kajol seronok jalani kuarantin

Pelakon Bollywood Kajol telah mendedahkan bahawa menjelang akhir pelaksanaan perintah berkurung di India, setiap ahli keluarganya akan mengurung diri mereka di bilik berasingan untuk mendapatkan masa untuk diri sendiri (me-time).

Katanya kepada Hindustan Times, pelakon Dilwale itu dapat manfaatkan tempoh me-time secara ‘maksimum dan menarik’ saat dikuarantin dengan keluarganya tahun lalu.

Sepertimana diketahui, Kajol mempunyai dua anak dengan suaminya, pelakon Ajay Devgn.

Dalam temu bual, dia berkata menjelang akhir tempoh berkurung, keempat-empat anggota keluarga akan pergi ke bilik yang berasingan untuk meluangkan masa sendiri.

“Ia kuarantin menarik bagi kami sekeluarga. Ia sangat bagus dan menarik.”- katanya kepada pinkvilla.

Tambahnya, “Di akhir kuarantin, saya harus mengatakan yang saya sangat bersyukur kerana kami mempunyai empat bilik tidur di rumah.

Setiap daripada kami dapat satu bilik dan semua boleh masuk ke bilik dan berkurung.. untuk mendapatkan ruang antara satu sama lain.“

Muncul Dalam Filem Tribhanga di Netflix, filem tersebut dilancarkan pada hari Jumaat lalu, di mana dia akan bergandingan bersama bintang-bintang lain seperti Tanvi Azmi dan Mithila Palkar. – Agensi

Kajol menyatakan dia memanfaatkan tempoh ‘me-time‘ secara ‘maksimum dan menarik’. – Agensi