Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki kedua

    Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan anak damit lelaki pada pukul 12:05 tengah malam kelmarin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

    Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, berkongsi berita gembira itu di media sosial dengan meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan lancar.

    “Syukur kepada Allah, I’m officially a mother of two.

    “Terima kasih kerana memberi sokongan yang terbaik, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa sepanjang tempoh ini.

    “Saya tidak tahu apa jadi tanpa awak. Saya sayangkan awak, Daddy kepada dua anak,” tulisnya.

    Sementara itu, suaminya Adam Adzriff turut memaklumkan Kaka dan anak damit berada dalam keadaan baik.

    “Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

    “Anak damit lelaki kami sihat dan kuat,” tulisnya.

    Kaka dan Adam Adzriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aslan yang kini berusia 3 tahun. – Agensi

    Kaka berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak lelaki kedua. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...