Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kaka hiasi papan iklan Times Square, New York

    Apa yang dilalui selama bergelar anak seni bukanlah perkara mudah, lebih lagi, dalam mengetengahkan karyanya.

    Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 33, berkata, dia pernah rasa sedih apabila karyanya tidak dipandang dan dihargai seperti penyanyi lain, namun itu semua bukan penghalang, sebaliknya jadi pembakar semangat untuk terus berkarya.

    “Ada kala rasa sedih sebab karya saya tidak mendapat sambutan.

    “Tetapi, ada masanya merasakan usaha selama ini diiktiraf orang ramai.

    “Namun, dalam pahit ada manisnya. Sekarang, saya nampak semua usaha ini sebagai pemangkin semangat untuk saya terus berkarya dan mencipta sesuatu baharu buat peminat.

    Kaka tidak percaya apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital gergasi terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat. – Agensi

    “Susah payah sebagai anak seni akan sentiasa saya hadapi selagi berada dalam bidang muzik.

    “Saya bersyukur apa yang saya lalui iaitu kepayahan dan kesusahan untuk sampai ke tahap ini,” katanya kepada BH Online.

    Justeru apabila kini giliran wajah penyanyi kelahiran Klang, Selangor ini menghiasi papan iklan digital gergasi tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS), Kaka akui, sangat berbangga.

    Kata Kaka, dipilih menjadi seorang lagi artis wanita tempatan menjayakan kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify itu adalah satu perkara sangat membanggakan dirinya.

    “Saya seperti bermimpi dapat menjadi sebahagian daripada program EQUAL oleh Spotify. Sudah lama saya idamkan peluang sebegini kerana sering melihat wanita hebat dari Malaysia dipaparkan. Kini, tiba giliran saya pula.

    “Semoga pemilihan saya dapat memberi inspirasi kepada wanita muda untuk terus mengejar mimpi kerana kita sebagai wanita mampu menggoncangkan dunia,” katanya.

    Sementara itu, Kaka berkata dia sudah lama menyimpan impian untuk membanggakan nama Malaysia dan perkara itu sedikit sebanyak memberi cetusan untuknya terus berusaha. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...