Kaki Bellugi dipotong kerana COVID-19

MILAN, 23 DIS – Bekas pemain pertahanan Itali dan Inter Milan, Mauro Bellugi mendedahkan bahawa kedua-dua kakinya dipotong kerana komplikasi akibat COVID-19.

Bellugi, 70, dimasukkan ke hospital pada 4 November lalu selepas diuji positif jangkitan COVID-19 dengan doktor terpaksa memotong kakinya berikutan keadaannya ketika itu adalah semakin teruk.

“Mereka melakukan pembedahan dengan memotong kaki saya, kaki yang saya gunakan menjaringkan gol ketika menentang Borussia Moenchengladbach,” kata Bellugi yang menjaringkan gol buat Inter dalam Piala Eropah pada November 1971.

Selain pencapaiannya dalam perlawanan bola sepak, Bellugi turut bermain untuk Bologna dan Napoli pada 1960an dan 1970an dan turut menjadi pengulas bola sepak.

“Memandangkan selepas kaki dipotong, saya akan menggunakan kaki palsu seperti (Oscar) Pistorius, jadi saya boleh mengalahkan anda di koridor televisyen,” katanya.

Bellugi menjulang gelaran juara Serie A bersama pada 1971 dan turut bermain untuk Itali di Piala Dunia 1974 dan 1978. – AFP