Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kakitangan Crown promosi judi didakwa

    SYDNEY, 13 Jun – Lapan belas kakitangan Crown Resort milik jutawan Australia James Packer telah didakwa mempromosi perjudian di China, lapan bulan selepas ditahan, kata syarikat hari ini.

    Kakitangan pemasaran ditahan dalam serbuan di seluruh China pada Oktober termasuk seorang eksekutif yang bertanggungjawab menarik warga China yang kaya ke Australia selepas Beijing bertindak keras membendung promosi perjudian.

    Crown pada masa itu berkata 18 kakitangannya telah ditahan tetapi tidak menyebut jumlah dalam satu pengemaskinian kepada bursa saham Australia.

    “Semua kakitangan yang ditahan di China serta pekerja yang dibebaskan dengan ikat jamin kini telah didakwa dengan kesalahan berkaitan promosi perjudian dan kes mereka telah dirujuk kepada Mahkamah Daerah Baoshan,” katanya.

    “Memandangkan kes tersebut sudah dikemukakan di mahkamah, tidak ada komen lanjut yang akan dikeluarkan,” tambah Crown.

    Tiga warga Australia adalah antara mereka yang ditahan di China, termasuk naib presiden eksekutif divisyen Crown Jason O’Connor yang dipanggil VIP antarabangsa. Mereka disyaki mengatur pertunjukan kembara di luar negara untuk kaki judi kaya China.

    Perjudian adalah haram di China dan syarikat tidak dibenarkan mengiklan perjudian.

    Crown mengendalikan kasino di seluruh Australia dan duniawalaupun tahun ini ia telah menjalankan penyusunan semula ketika China bertindak keras membanteras perjudian yang mendorong ramai orang mengelak daripada berbelanja besar serta menjejaskan pendapatan.

    Bulan lalu, Crown menjual saham yang tinggal dalam usaha sama Macau kepada rakan usaha sama Melco International selepas menangguhkan rancangan akhir tahun lalu untuk menguruskan sebuah kasino Las Vegas bagi memberi tumpuan kepada hotel mewah dan perniagaan kasino di Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda