Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kakitangan kerajaan terima Sijil Masyarakat Berjasa

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Tindakan pantas seorang kakitangan kerajaan telah berjaya memadamkan kebakaran di salah sebuah bangunan kerajaan, baru-baru ini, di mana tindakannya itu mendapat pujian serta menerima Sijil Masyarakat Berjasa daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, Cawangan Operasi ‘G’, Jabatan Bomba dan Penyelamat menyerahkan sijil berkenaan kepada Awang Alim bin Akim dalam majlis yang berlangsung di Perpustakaan Pekan Bangar, Temburong pada 3 Ogos lalu.

    Sijil telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Operasi ‘G’,SSFR Haji Afiq bin Haji Julah.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Cawangan Perpustakaan Temburong, Pengiran Serimohayatun binti Pengiran Haji Metusin dan Timbalan Stesen Komander Balai Bomba Bangar, ASO Ahmad bin Haji Kassim.

    Dalam kejadian berkenaan, tindakan pantas Awang Alim berjaya memadamkan kebakaran elektrik yang melibatkan alat air curtain serta mencegahnya daripada merebak.

    SSFR Haji Afiq (dua dari kanan) bergambar ramai dengan Awang Alim (dua dari kiri) yang menerima Sijil Masyarakat Berjasa. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...