Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kakitangan New York Times lancar mogok

    NEW YORK, 8 DIS – Ratusan wartawan dan pekerja lain di New York Times memulakan mogok 24 jam hari ini dalam mogok pertama di akhbar tersebut dalam lebih daripada 40 tahun.

    Kakitangan bilik berita dan pekerja The NewsGuild New York berkata mereka sudah bosan dengan tawar-menawar yang berlarutan sejak kontrak terakhir mereka luput pada Mac 2021. Kesatuan mengumumkan pada minggu lalu bahawa lebih daripada 1,100 pekerja akan mengadakan mogok 24 jam bermula 12:01 pagi hari ini melainkan kedua-dua pihak mencapai perjanjian kontrak.

    The NewsGuild berkata di Twitter pada pagi ini bahawa pekerja ‘sedang melancarkan mogok, yang pertama dianjurkan pada skala besar di syarikat dalam empat dekad. Bukan keputusan yang mudah untuk berhenti bekerja, tetapi kakitangan kami rela melakukan apa yang perlu untuk menambah baik bilik berita untuk semua.’ – AP

    Bangunan The New York Times kelihatan di New York. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...