Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Kakitangan perubatan Labuan siap sedia terima kemasukan pengunjung

-

LABUAN, 14 OKT – Kakitangan Jabatan Kesihatan Labuan bersiap sedia dengan protokol kesihatan sewajarnya bagi menguruskan kemasukan pengunjung ke pulau bebas cukai itu sebagai langkah mencegah penularan COVID-19, kata Pengarahnya Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata walaupun ujian COVID-19 tidak lagi disyaratkan bagi perjalanan rentas negeri, saringan kesihatan masih dilaksanakan di pintu masuk utama di Lapangan Terbang Labuan dan dua terminal feri.

“Kakitangan kesihatan kami masih menjalankan tugas sewajarnya di pintu masuk Labuan dengan melaksanakan saringan kesihatan seperti pemeriksaan suhu badan bagi mengesan kemungkinan gejala COVID-19.

“Pengunjung tidak perlu mengemukakan keputusan ujian saringan RTK-Ag (Rapid Antigen) dan RT-PCR (Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata) COVID-19 ketika ketibaan di pintu masuk di sini,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -