MEXICO CITY – Pokok kaktus berduri merupakan simbol kuat buat negara Mexico yang mana gambar pokok itu sendiri telah diletakkan di tengah-tengah bendera negara itu. Pokok ini dianggap suci oleh orang-orang Aztec purba dan pada hari ini, pokok itu di makan dan air jus kaktus diminum oleh kebanyakan penduduk Mexico. Malah pokok kaktus ini dijadikan ubat-ubatan tradisional dan juga syampu. Kini para saintis telah menggunakan satu kegunaan baru untuk kilang hijau iaitu menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui.
Di kenali sebagai tumbuh-tumbuhan yang mengandungi jus yang pekat malah pokok kaktus ini turut menghasilkan buah yang berwarna merah dan kelihatan seperti jari manusia yang gemuk. Kaktus berduri kebanyakannya ditanam secara besar-besaran di Mexico. Kebanyakan penduduk meminati isu kaktus dan ia memainkan peranan penting dalam beberapa masakan Mexico dan dimasukkan dalam masakan kebangsaan negara itu seperti taco, sup, salad, selai dan juga gula-gula.
Beberapa penduduk mempercayai bahawa kaktus ini mempunyai khasiat yang bermanfaat untuk kuasa penyembuhan malah kaktus ini juga digunakan dalam ubat-ubatan tradisional khususnya dalam mengurangkan tekanan darah, syampu untuk anti luruh rambut, krim kulit kecantikan dan juga jus untuk diet. “Sebelum penaklukan Sepanyol tiba, kami lebih suka memakan kaktus berduri dan ia merupakan tumbuh-tumbuhan tradisional dan budaya kami,” kata Israel Vazquez yang telah berjaya menanam kaktus sejak 20 tahun yang lalu di tanah plot kecil di Milpa Alta, kawasan kejiranan di Mexico City.
Disebabkan oleh bentuk kaktus yang sangat tebal dengan duri yang banyak, ia sentiasa menjadi satu produk sisa sehingga para penyelidik cuba mengembangkan penjana biogas untuk menjadikannya sebagai satu penjanaan tenaga elektrik.
Terus kepada sumber
Projek perintis itu telah dilancarkan pada bulan Mei di kawasan ladang kaktus Milpa Alta yang sangat luas. Ladang tersebut terletak di kawasan yang jauh dari kawasan moden Mexico. Ladang tersebut merangkumi sekitar 2,800 hektar iaitu sekitar 7,000 ekar bidang tanah dan dipenuhi dengan pokok kaktus yang berduri dan pokok kaktus ini dipanggil sebagai ‘Nopal’ oleh kebanyakan penduduk Sepanyol sehinggalah ke hari ini.
Para peladang menggunakan topi jerami mereka dan memeriksa setiap pokok kaktus setiap pagi untuk memastikan pokok-pokok ini akan tumbuh sebaris dan ditanam di kawasan tapak gunung berapi Teuhtli yang sudah tidak aktif. Kawasan ini telah berjaya menghasilkan sekitar 200,000 tan kaktus berduri dan sekitar 10 tan kaktus menjadi sisa di lantai tanah pokok kaktus itu setiap hari.
Beberapa organisasi tenaga hijau di kawasan itu telah menjalankan proses tenaga dan kemampanan alam sekitar, SUEMA dalam akronim Sepanyol dan telah mendapat idea untuk membangunkan penjanaan biogas untuk mengubah sisa itu menjadi sumber tenaga. Mereka telah memutuskan untuk merealisasikan idea itu dengan sumber pokok kaktus yang banyak dan dianggarkan beratus-ratus pekerja memulakan prose situ sehari dengan dengan membersihkan sisa pokok kaktus yang terbuang sehari sebelumnya.
Kuasa kaktus
Pengeluar minyak di Mexico telah berusaha untuk muncul dengan proses tenaga hijau sejak kebelakangan ini. Pada tahun 2015, negara itu telah menerima pujian apabila ia menjadi negara pertama untuk mengumumkan sasaran pengurangan pelepasan udara toksik setelah persetujuan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain itu, Mexico berusaha untuk menjana separuh tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui. Pada tahun lepas, tenaga hijau telah menghasilkan sekitar 15.4 peratus campuran tenaga, walaupun hanya 0.1 peratus daripada biogas.
Sisa-sisa kaktus itu kemudian akan digunakan sebagai kompos dan apabila ia bergabung dengan biomas, ia boleh memproses tiga hingga lima tan sisa kaktus setiap hari, menghasilkan 170 meter padu biogas ditambah dengan lebih daripada satu tan kompos. Projek yang menelan belanja sekitar AS$840,000 itu dibiayai oleh kerajaan Mexico. “Ini adalah satu idea yang baik, kerana sekarang semua sisa ini akan melakukan sesuatu yang lebih produktif,” kata Evangelina Lara kepada wartawan AFP.
Ketua pengembangan saintifik Mexico, Bernardino Rosas, berharap penjanaan itu akan menjadi yang pertama di seluruh dunia. “Visi kami adalah untuk menghasilkan semua jenis projek yang berhubung dengan sumber tenaga yang diperbaharui dan memberikan sumber tenaga negara yang mencukupi,” tambah Bernardino lagi kepada media.
Legenda Aztec
Dalam mitos Aztec, Huitzilopochti, dewa matahari, perang dan pengorbanan manusia, pokok kaktus berduri pertama dikatakan tumbuh di sebuah pulau di sebuah kawasan tasik dan kaktus itu telah menghasilkan buah merah yang memiliki jus yang banyak dan sekali gus melambangkan jantung seorang dewa bernama Copili. Menurut legenda negara itu, Huitzilopochti memberitahu Aztecs untuk membina sebuah kota di mana mereka mendapati kaktus telah dimakan oleh burung helang dan juga seekor ular.
Legenda itu melambangkan bahawa Mexico telah bebas daripada pengaruh Sepanyol dan pada hari ini, kaktus berduri dengan kelibat ular memakannya menjadi simbol kebangsaan negara itu dan telah dijadikan sebagai salah satu simbol di dalam bendera negara Mexico. “Perkara ini sekali gus menjadikan kaktus sebagai bahan api yang sangat sesuai untuk masa depan Mexico,” kata Horacio Chavira, timbalan pengarah untuk pembangunan luar bandar di Milpa Alta. “Kaktus berduri adalah Mexico dan ia merupakan lambang identiti negara kami,” tambahnya mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP