Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kalulu wira tidak diduga Milan

    ROM, 13 MAC – AC Milan akan terus menerajui puncak Serie A pada hujung minggu selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Empoli semalam menjadikan mereka lima mata di hadapan pasukan pencabar yang lain.

    Pierre Kalulu menjaringkan gol bergaya pada minit ke-18 di San Siro apabila bola hasil sepakan percuma singgah di kakinya lalu membuat rembatan dari luar kotak penalti, ia merupakan gol sulung buat pemain pertahanan kelahiran Perancis pada musim ini untuk mengekalkan Milan berada di hadapan Inter.

    Inter, yang mempunyai kelebihan satu perlawanan, akan bertandang ke Torino hari ini sementara Napoli yang berada di tangga ketiga akan berkunjung ke Verona.

    “Kedudukan liga ketika ini sangat baik, kerana ada kelebihan beberapa perlawanan,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.

    “Kami melakukan dengan baik malam ini, mengawal perlawanan dan tidak membuat risiko terlalu banyak.”

    Milan mengharungi beberapa cabaran di Serie A sejak beberapa minggu kebelakangan dan kemenangan semalam tidak begitu mudah diraih, dengan pasukan yang baharu dipromosikan, Empoli, sering mencipta ancaman buat pasukan tuan rumah pada separuh masa kedua.

    Pasukan bimbingan Aurelio Andreazzoli, ketika ini berada di tangga ke-13, tanpa menang sejak pertengahan Disember tetapi nyaris mendahului dua kali selepas separuh masa.

    Percubaan Sebastiano Luperto memaksa penjaga gawang Milan, Mike Maignan melakukan aksi menyelamat apabila dia mendahului daripada percubaan lintang Filippo Bandinelli lima minit selepas babak kedua bersambung. – AFP

    Pemain pertahanan Milan, Kalulu meraikan gol bersama rakan sepasukan dalam pertemuan Serie A menentang Empoli, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...