Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kamal Adli cedera diserang

    Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam hari Ahad (12 Mac) selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

    “Alhamdulillah Kamal dah sedar. Harap semua doakan keselamatan kami,” isterinya, Uqasha Senrose memaklumkan menerusi akaun Instagram (IG) hari ini.

    Dalam kemaskini IGnya lewat malam tadi, Uqasha memaklumkan Kamal, 36, diserang menggunakan cota berkali-kali oleh seorang lelaki di kepala, muka dan badan.

    Tanpa mendedahkan hospital Kamal ditempatkan, Uqasha berkata Kamal menjalani ‘major operation’ berikutan kecederaan di bahagian kepala yang agak teruk.

    Beliau dan suami menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan turut memohon peminat dan orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya.

    Uqasha meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan suaminya. – Agensi

    Mereka berdua berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

    Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu berlangsung.

    Uqasha turut sertakan gambar-gambar kejadian yang menimpa suaminya dan memaklumkan penyerang itu telah ditahan.

    Sementara itu, menurut jurucakap polis Singapura yang menjawab pertanyaan Bernama, pihak polis menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo pada 9:19 malam.

    Siasatan awal menunjukkan seorang lelaki berusia 33 tahun telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun di lokasi itu.

    Lelaki berusia 36 tahun itu masih sedarkan diri semasa dibawa ke hospital.

    Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya dan memiliki senjata mengancam.

    “Cota itu dirampas dan ia dijadikan barangan kes. Masih dalam siasatan polis,” kata jurucakap itu.

    Dianjurkan Megaxpress International, Hari Raya Mega Sale turut menampilkan beberapa artis dari Malaysia.

    Pasangan popular, Kamal dan Uqasha antara selebriti Malaysia yang sentiasa mengikuti acara sebegini di Singapura. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...