Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kami adalah kelab terbaik Eropah’

    MADRID, 27 Mei – Berpuluh-puluh ribu penyokong Real Madrid meraikan kegembiraan di stadium Santiago Bernabeu, milik kelab itu sejurus kejayaan 3-1 dalam final Liga Juara-juara ke atas Liverpool di Kiev.

    Laungan ‘juara’ muncul selepas wisel penamat dibunyikan selepas para penyokong Real berhimpun untuk menyaksikan perlawanan yang disiarkan menerusi lapan skrin besar di Barnabeu.

    “Kami adalah kelab terbaik Eropah, kami adalah kelab terbaik dalam sejarah, kami adalah Real Madrid!” laungan seorang juruhebah di stadium itu selepas gergasi Sepanyol menjuarai rekod lanjutan kali ke-13 dalam Piala Eropah.

    Kejayaan itu telah membawa mereka kepada enam gelaran bersih AC Milan di tempat kedua dalam senarai persaingan sepanjang masa selepas menjulang piala bagi kali keempat yang penuh bersejarah dalam lima musim. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda