Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Kami akan ‘telan’ lawan kami – Mora

-

KUALA LUMPUR, 29 NOV – Johor Darul Ta’zim (JDT) berazam melakukan apa saja demi memastikan mereka membawa pulang trofi Piala Malaysia pada aksi final menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Ketua jurulatih Harimau Selatan Benjamin Mora berkata sebagai juara bertahan, JDT mengekalkan identiti pasukan yang sentiasa dahagakan kejayaan dan bermain dengan taktik agresif dalam pertembungan esok.

“Sudah tentu awda boleh menjangkakan JDT, kami tidak akan berdiam diri untuk menunggu spekulasi dan melihat apa akan berlaku dalam perlawanan ini. Kami akan melakukannya, kami akan ‘telan’ lawan kami dan kami akan menjaringkan gol.

“Itu sahaja caranya untuk menang dalam final, dengan menjaringkan gol. Kami mara ke final untuk menang bukan hanya untuk beraksi,” katanya pada sidang media pra-perlawanan akhir di sini hari ini. – Bernama

Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora Mendivil (empat, kanan) mengadakan sesi latihan bersama skuad kendaliannya menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -