Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    ‘Kami tidak langgar SOP’

    Pelakon, Raysha Rizrose (gambar) menjelaskan majlis perkahwinan kakaknya yang juga pelakon popular, Uqasha Senrose dengan Kamal Adli pada 15 Disember lalu tidak melanggar SOP kerajaan.

    Raysha yang turut bertindak sebagai pengiring pengantin pada majlis berkenaan berkata, setiap tetamu yang hadir wajib memakai pelitup muka, namun video yang tular adalah selepas selesai sesi fotografi bersama pengantin.

    “Sebenarnya tiada istilah melanggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

    “Tetamu yang datang pada hari itu hanya kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja. Mereka wajib menjalani ujian saringan RTK-Antigen, lengkap dua dos vaksin COVID-19, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir.

    “Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin. Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap,” katanya kepada media.

    “Sekiranya dipanggil pihak berkuasa, saya sedia beri kerjasama. Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung tempoh hari adalah hasil kerjasama dengan Astro yang juga dikenali sebuah stesen televisyen yang sangat pentingkan SOP.

    “Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal.

    “Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP.

    “Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka? Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP,” katanya.

    Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan terbabit di Genting Highlands yang tidak mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...