Tuesday, December 5, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    KamiPrihatin serah lebih $5,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Persatuan KamiPrihatin, semalam, telah menyerahkan sumbangan berjumlah $5,208.85 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.

    Sumbangan tersebut diserahkan oleh Presiden KamiPrihatin, Awang Muhammad Akmal bin Haji Marsidi kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.

    Daripada jumlah derma tersebut, sejumlah $3,795.35 adalah hasil sumbangan daripada orang ramai melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Kamiprihatin dan selebihnya, $1,413.00 adalah hasil jualan barangan semasa acara Brunei Peduli Palestin.

    Kutipan derma bagi Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 telah ditutup pada 23 Ogos lalu setelah dibukakan kepada orang ramai selama tiga bulan iaitu dari 26 Mei lalu.

    Awang Muhammad Akmal menunjukkan hasil kutipan untuk Tabung Kemanusian Palestin 2021,
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin...