Kampung Birau rai kemeriahan Aidilfitri

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 12 JUN – Sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan dengan penuh meriah merupakan tanda kemenangan dan kesyukuran setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Bagi meraikan kemeriahan Syawal bersama penduduk setempat, Majlis Perundingan Kampung Birau dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Birau serta para penduduk telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim.

Antara penduduk kampung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Ketua Kampung Birau, baru-baru ini.