
Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 15 Ogos – Berikutan hujan lebat yang turun beberapa hari kebelakangan ini, beberapa batang jalan di pedalaman Daerah Tutong telah banjir.
Beberapa kawasan jalan di Mukim Rambai telah terjejas pagi tadi iaitu Jalan Keranching Benutan, Jalan Benutan, Jalan Bengkuru dan Jalan Kuala Unggar/Rambai.
Mengikut laporan pemantauan air banjir di Daerah Tutong daripada Balai Bomba Lamunin, pagi tadi, paras air di Jalan Keranching Benutan dan Jalan Bangkuru (Mukim Rambai) hampir mencecah 1 meter yang mana jalan tersebut hanya dapat dilalui trak.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata.