Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kampung, sekolah terjejas akibat banjir kilat

    KOTA KINABALU, 10 MEI – Sebanyak 49 kampung dan beberapa buah sekolah di daerah Beaufort dan Tenom terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam hingga tengah malam tadi.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu sebanyak 36 kampung terjejas di Beaufort dan 13 kampung terjejas di Tenom akibat bencana itu.

    “Hujan yang lebat bermula pada petang semalam dianggarkan pada jam 1:30 petang sehingga tengah malam menyebabkan paras air Sungai Padas dan Sungai Pegalan meningkat.

    “Bagaimanapun keadaan cuaca di daerah Beaufort pagi ini cerah, manakala di Tenom mendung,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Menurut kenyataan itu, tiada pusat pemindahan dibuka di Beaufort setakat pagi ini dan empat pusat pemindahan telah dibuka di Tenom sebagai langkah berjaga-jaga iaitu di Kampung Mandalalom, Kampung Ponontomon, Kampung Kanar dan Dewan Jinuin Jimin. 

    Selain itu, lima jalan utama di Beaufort terjejas iaitu Jalan Simpang 4 Chan Furniture yang tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan serta Jalan Kampung Binunuk, Jalan Kampung Balibata, Jalan Kampung Laboi dan Jalan Kampung Suasa hanya boleh dilalui kenderaan berat.

    Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan berasingan memberitahu terdapat kejadian jalan runtuh di KM36.2 Jalan Tenom Kuala Tomani di daerah Tenom berikutan dengan hujan lebat dan banjir di daerah tersebut.

    Sementara itu, lapan sekolah di tiga daerah ditutup akibat insiden berkenaan yang berlarutan semalaman, kata Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Dr Mistirine Radin.

    Beliau berkata lapan sekolah terlibat, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago dan SK Bukau di Beaufort; manakala empat sekolah di Tenom membabitkan SK Gumisi; SK Ladong Sapong; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Syn, dan SK Inubai.

    Mistirine berkata sebuah sekolah di Penampang iaitu SK Tombovo turut terjejas banjir kilat dan kini sedang dalam proses pembersihan.

    “Semua sekolah ditutup buat sementara waktu dan ia melibatkan seramai 204 guru serta 2,425 pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...