Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kampus baharu ISB Seria rai ulang tahun pertama

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) Seria memperingati ulang tahun pertama sejak berpindah ke kampus baharu dan menandakan pembukaan rasmi di F19 Seria pada 13 Januari lalu.

    Ketua Sekolah Rendah ISB Keseluruhan, Michael Everett dipetik menyatakan perasaan gembira kerana dapat meraikan mercu tanda yang penting itu dengan komuniti ISB Seria.

    Beliau menyatakan harapan untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh di antara dua buah kampus ISB yang terletak di Bandar Seri Begawan dan Seria.

    “Secara keseluruhannya, ISB terus berkembang dan benar-benar memastikan semua orang cemerlang,” tambah beliau.

    ISB Seria pada masa ini, mempunyai seramai 160 pelajar dari usia dua tahun hingga pelajar Tahun 6 yang boleh menamatkan pengajian ke sekolah menengah di Kampus Bandar Seri Begawan di mana ia mempunyai asrama.

    ISB baru-baru ini juga telah melalui penstrukturan dalam Jabatan Rendah dan memperkenalkan Rick Smith sebagai ketua ISB Seria yang baharu.

    Michael Everett dan Rick Smith akan bekerja secara kolaboratif untuk menyampaikan pendidikan berstandard tinggi kepada pelajar-pelajar di kedua-dua buah kampus.

    Rick Smith berkata ISB Seria terus berkembang dalam tempoh masa yang pendek dan beliau menyatakan penghargaan kepada Yynda Thomas atas kepimpinannya sebelum beliau mengambil alih.

    Rick Smith, ketua baharu ISB Seria. – Gambar serahan ISB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...