Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Kanada akhiri penantian 36 tahun

    TORONTO, KANADA, 28 MAC – Kanada layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam 36 tahun semalam dengan kemenangan 4-0 ke atas Jamaica di Toronto, justeru mengesahkan tiket ke Qatar selepas menanti selama 36 tahun.

    Mereka tidak mensia-siakan peluang kedua apabila Cyle Larin dan Tajon Buchanan meledakkan gol pada babak pertama dan Junior Hoilett menambah satu lagi gol selepas rehat dengan jaringan sendiri Adrian Mariappa melengkapkan perlawanan.

    Kemenangan tersebut mencetuskan keraian gembira oleh 30,000 penonton di BMO Field, di mana penyokong telah berkumpul untuk menyaksikan Kanada memenangi kelayakan Piala Dunia untuk kali kedua, setelah kali terakhir muncul pada kejohanan Mexico 1986.

    Pengurus Kanada John Herdman – yang mengambil alih pasukan lelaki pada 2018 selepas karier berjaya bertanggungjawab ke atas pasukan wanita Kanada – berkata kelayakan membuktikan Kanada merupakan sebuah ‘negara bola sepak.’

    “Awda tahu, awda boleh bermain dalam final Liga Juara-Juara, pemain Kanada boleh beraksi untuk Bayern Munich dan sekarang mereka akan beraksi di Piala Dunia,” kata Herdman dalam rujukan kepada bintang Kanada dan Bayern Munich yang cedera, Alphonso Davies.

    Aksi Tajon Buchanan dari Kanada meraikan jaringan gol semasa perlawanan menentang Jamaica di BMO Field di Toronto, Ontario, Kanada pada 27 Mac 3033. – AFP

    “Kanada ialah negara bola sepak dan kami patut mempercayainya. Kami akan meneruskan usaha. Kami hanya mencatat permulaan.”

    Selepas kempen kelayakan meninggalkan mereka tiga mata di depan dengan berbaki dua lagi perlawanan, Kanada hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan Ahad untuk menjamin satu tempat dalam kelayakan.

    Kanada menduduki tempat teratas CONCACAF dengan 28 mata, tiga mata di atas pasukan gergasi serantau Amerika Syarikat yang menewaskan Panama 5-1 di Orlando dan Mexico menduduki tangga ketiga juga dengan 25 mata.

    Tiga pasukan teratas mara secara automatik ke Piala Dunia pada November depan dengan pasukan tangga keempat akan berdepan pasukan Oceania dalam aksi playoff.

    “Kami telah mengharungi masa sukar,” kata Hardman. “Saya sungguh gembira untuk mereka.

    “Apabila saya pertama mengambil alih dan saya berkata, ‘Kami akan melayakkan diri ke Piala Dunia, saya tidak fikir mereka percayakan kami. Saya gembira untuk mereka kerana kesemua peminat telah menunggu dan menunggu dan menunggu dan tetap bersama kami.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea U ikrar tindak balas tegas terhadap laporan Pentagon

    SEOUL, 4 OKT - Korea Utara mengecam Amerika Syarikat (AS) berhubung laporan Pentagon, baru-baru ini yang menggelarkannya sebagai ancaman berterusan kerana senjata pemusnah besar-besaran...