Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kanada, AS hampiri peringkat akhir

    LOS ANGELES, 3 FEB – Kanada menghampiri penampilan sulung peringkat akhir Piala Dunia dalam tempoh 36 tahun kelmarin selepas kemenangan 2-0 ke atas El Salvador ketika Amerika Syarikat (AS) menghidupkan semula kempen kelayakan mereka dengan berjaya menewaskan Honduras.

    Gol separuh masa kedua daripada Atiba Hutchinson dan Jonathan David memberikan Kanada kemenangan sewajarnya di San Salvador dan kini mereka mendahului kedudukan kelayakan CONCACAF dengan 25 mata daripada 11 perlawanan.

    Walaupun kelayakan mereka ke Qatar masih belum disahkan, namun ia memerlukan Kanada mencatat keputusan yang teruk untuk gagal beraksi di Piala Dunia sejak peringkat akhir 1986 di Mexico.

    Kanada mendahului kedudukan dengan empat mata dengan baki tiga perlawanan, semuanya akan berlangsung bulan depan. Kemenangan ke atas Costa Rica dalam perlawanan seterusnya pada 24 Mac akan mengesahkan tempat Kanada di Qatar.

    Dalam perlawanan lain, AS menang 3-0 ke atas Honduras dalam permainan yang berlangsung dalam suhu di bawah sifar di St Paul Minnesota.

    Dua pemain Honduras telah digantikan pada separuh masa berikutan keadaan cuaca yang melampau di Padang Allianz.

    Pemain daripada kedua-dua pasukan turun ke padang dengan beberapa lapisan pakaian, dengan sesetengahnya memakai pelindung muka selain sarung tangan dan jersi terma.

    Pengadil, Oshane Nation juga memakai pelindung muka dan sarung tangan sepanjang perlawanan. – AP

    Reaksi pemain AS meraikan setelah menjaringkan gol dalam perlawanan antara AS dan Honduras kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...