Kanada buka kembali sempadan

TRENTON, 8 SEPT – Kanada mengalu-alukan ketibaan pelancong asing melalui laluan udara berikutan sekatan perjalanan akibat COVID-19 dilonggarkan semalam.

Pelancong yang berhasrat mengelak daripada menjalani kuarantin perlu lengkap dua dos vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ketibaan dan negatif ujian saringan COVID-19  dalam tempoh tiga hari, menurut agensi Anadolu.

Pelancong juga perlu menggunakan aplikasi ArriveCan yang memaparkan maklumat perjalanan di telefon pintar mereka, atau memberi maklumat berkaitan menerusi portal laman web.

Presiden cawangan pelancongan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada, Denis Vinette berkata peraturan baharu ini memudahkan pegawai memastikan pelancong memenuhi syarat ditetapkan sebelum menaiki pesawat. – Bernama