Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kanada catat 1,206 kes cacar monyet

    OTTAWA, 25 OGOS – Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan 1,206 kes cacar monyet termasuk 32 kes yang dimasukkan ke hospital di negara itu setakat kelmarin.

    Peningkatan kes baharu di seluruh negara menunjukkan cacar monyet merebak dengan perlahan dalam beberapa minggu terakhir, namun ia merebak ke lebih banyak wilayah.

    Agensi kesihatan itu berkata daripada kes yang disahkan, 583 kes adalah dari Ontario, 471 dari Quebec, 125 dari British Columbia, 19 dari Alberta, tiga dari Saskatchewan, dua dari Yukon selain masing-masing satu dari New Brunswick dan Manitoba, lapor Xinhua.

    Agensi itu telah mengagihkan lebih 105,000 dos vaksin Imvamune ke beberapa buah negeri dan seluruh daerah. Manakala lebih 59,000 orang telah menerima vaksin mencegah cacar monyet itu dengan sekurang-kurangnya satu dos pada 14 Ogos lalu.

    Pakar memberi amaran bahawa penyebaran cacar monyet merupakan penyakit virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan dengan orang yang dijangkiti, termasuk melalui pelukan, ciuman, urutan atau hubungan intim. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...