Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Kanada gantung operasi di Nigeria

    ABUJA, 8 NOV – Kanada kelmarin menggantung operasi di Nigeria bagi menyiasat letupan melibatkan kedutaannya di Abuja.

    Insiden pada pagi Isnin di ibu negara Nigeria itu mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang ditemui maut selain menyebabkan kerosakan pada sebahagian bangunan kedutaan.

    Kerajaan Nigeria sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu namun punca letupan masih tidak diketahui.

    Dalam satu kenyataan di X, Menteri Luar Kanada, Melanie Joly yang mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya sedang menyiasat punca sebenar kejadian.

    Suruhanjaya Tinggi Kanada di Abuja berkata pihaknya menghentikan sementara operasinya kerana letupan itu menjejaskan sebahagian bangunan kedutaan, lapor Xinhua.

    Penggantungan operasi kedutaan Kanada itu dijangka memberi kesan kepada pelbagai perkhidmatan, termasuk bantuan konsular dan pemprosesan visa untuk warga Nigeria yang ingin melancong ke Kanada. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kapsul bawa haiwan dilancar ke orbit

    TEHRAN, 6 DIS – Iran mengumumkan hari ini mereka telah menghantar sebuah roket berbentuk kapsul ke orbit yang membawa binatang sebagai persediaan bagi misi...