Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Kanada hantar pesawat ke India bawa pulang PM

    NEW DELHI, 11 SEPT – Kanada telah menghantar sebuah lagi pesawat ke India untuk membawa pulang Perdana Menteri Justin Trudeau, yang terkandas di negara itu sejak petang kelmarin selepas pesawat yang dinaikinya untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di New Delhi mengalami masalah teknikal.

    Sebuah pesawat Airbus gantian telah meninggalkan Trenton di Kanada dan sedang dalam perjalanan ke ibu negara India untuk mengambil Trudeau dan delegasinya.

    “Pada masa ini CFC002 sedang dalam perjalanan. Kami sedang berusaha untuk berlepas pagi esok, tetapi mengakui keadaan boleh berubah,” kata jurucakap Trudeau Mohammad Hussain hari ini.

    Trudeau dijadualkan meninggalkan New Delhi semalam, tetapi Angkatan Bersenjata Kanada menemui masalah teknikal pada pesawat CFC001 semasa pemeriksaan keselamatan sebelum penerbangan.

    Masalah itu tidak “dapat diperbaiki semalaman”, menurut kenyataan Kanada, kelmarin.

    Pesawat yang terkandas itu, yang dibangunkan pada 1980an, telah mengalami pelbagai masalah mekanikal selama ini, menurut laporan media Kanada. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...