Monday, April 15, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kanada lancar siasatan terhadap TikTok

    TRENTON, KANADA, 24 FEB – Kanada pada Khamis melancarkan siasatan terhadap gergasi media sosial TikTok di tengah-tengah kebimbangan syarikat induk dari China mengumpul data mengenai warga Kanada.

    Pengumuman itu dibuat selepas tuntutan mahkamah di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) telah selesai, lapor agensi Anadolu.      

    Menurut pesuruhjaya privasi dalam satu kenyataan, langkah itu juga diambil susulan banyak laporan media berkaitan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi di TikTok.

    Pesuruhjaya persekutuan ingin memastikan bahawa TikTok ‘mematuhi’ peraturan privasi Kanada.

    Pesuruhjaya juga akan menyiasat sama ada ‘persetujuan telah diperoleh untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi.’

    “Sebahagian pengguna TikTok adalah golongan muda. Memandangkan kepentingan melindungi privasi kanak-kanak, siasatan itu akan memberi tumpuan khusus pada amalan privasi TikTok kerana ia berkaitan dengan pengguna yang lebih muda, termasuk sama ada syarikat itu mendapat kebenaran yang sah daripada pengguna ini untuk sebarang pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi mereka,” menurut pesuruhjaya itu dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan logo perkhidmatan rangkaian sosial TikTok di pejabat TikTok Uk di London. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia siasat mengapa lelaki yang menikam 6 orang hingga mati...

    MELBOURNE, 15 APRIL - Polis Australia sedang meneliti mengapa penyerang tunggal yang menikam enam orang hingga mati di pusat membeli-belah Sydney yang sibuk dan...