MONTREAL, 25 MEI – Pihak berkuasa kesihatan di Kanada hari ini berkata mereka telah mengesan 10 kes baharu cacar monyet di Quebec, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15, dengan kes tambahan dijangka di kawasan lain.
Cacar monyet, dikesan sejak beberapa minggu kebelakangan di Eropah dan Amerika Utara, merupakan satu jenis penyakit yang jarang berlaku berasal dari Afrika yang pada kebiasaannya sembuh dengan sendirinya.
“Kami menjangkakan lebih banyak kes akan disahkan dalam beberapa hari akan datang,” kata Menteri Kesihatan, Jean-Yves Duclos, dan berkata lebih banyak sampel akan dianalisis.
Dia berkata kerajaan persekutuan telah menyediakan vaksin Imvamune dan ubat-ubatan lain yang disimpan di rizab strategik kecemasan kebangsaan.
Dos pertama vaksin sudah dihantar ke Quebec hari ini.
Sementara itu, tiada vaksin khusus untuk merawat cacar monyet, namun vaksin cacar biasa digunakan sebagai pelindung sekiranya berlaku kontak.
Kanada mengesahkan dua kes pertama minggu lalu di salah sebuah wilayahnya. – AFP