Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kanada larang import pistol

    MONTREAL, 7 OGOS – Kanada mengumumkan akan mengharamkan import pistol bermula 19 Ogos sebagai sebahagian daripada cadangan pembekuan yang lebih meluas berikutan kejadian tembakan besar-besaran berprofil tinggi di Amerika Syarikat.

    Senjata sedemikian mempunyai satu tujuan sahaja iaitu untuk membunuh orang, demikian menurut komen Menteri Keselamatan Awam, Marco Mendicino dalam sidang akhbar ketika mengumumkan langkah itu.

    Hal Ehwal Global Kanada dalam satu kenyataan menambah, larangan untuk perniagaan dan individu adalah langkah sementara ditetapkan dan ‘berlanjutan sehingga pembekuan nasional berkuat kuasa’, yang dijangka berlaku menjelang musim luruh.

    Pengumuman itu disambut baik oleh kumpulan kawalan senjata PolySeSouvient, yang menggelarnya sebagai ‘langkah penting dan inovatif yang sudah pasti akan memperlahankan pengembangan pasaran pistol Kanada sementara menunggu laluan’ kepada pembekuan pistol sepenuhnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...