Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kanada lulus vaksin COVID-19 tempatan

    MONTREAL, 25 FEB – Pihak berkuasa kesihatan Kanada kelmarin meluluskan vaksin COVID-19 pertama negara itu.

    Kelulusan bagi vaksin Covifenz diumumkan firma biofarmaseutikal berpangkalan di Quebec, Medicago dan rakan kongsinya GlaxoSmithKline.

    Kelulusan vaksin berlaku selepas lebih 90 peratus penduduk dewasa Kanada menerima dua suntikan vaksin lain dengan kira-kira separuh daripada populasi masih belum mendapat suntikan penggalak. Kelulusan diberikan Health Canada terhadap vaksin Covifenz disifatkan sebagai pencapaian penting bagi Kanada dalam memerangi pandemik itu, kata Ketua Eksekutif Medicago, Takashi Nagao.

    Menurutnya, syarikat itu sudah memulakan pengeluaran bagi memenuhi pesanan dengan Ottawa membuat tempahan awal sehingga 76 juta dos Covifenz.

    Menteri Perindustrian, Francois-Philippe Champagne, berkata pembangunan vaksin itu juga mengembalikan keupayaan biopembuatan Kanada sejak beberapa dekad yang dibuktikan gagal dengan kemunculan pandemik COVID-19. –AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...