Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Kanada luluskan vaksin bagi kanak-kanak

    TRENTON, KANADA, 15 JULAI – Kanada telah meluluskan penggunaan vaksin jenis Moderna untuk anak damit dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun, berdasarkan kajian saintifik mendapati vaksin itu selamat dan berkesan, menurut  Agensi Kesihatan Awam Kanada, Health Canada kelmarin.

    “Selepas kajian saintifik yang menyeluruh, jabatan telah memastikan bahawa vaksin itu selamat dan berkesan untuk mencegah jangkitan COVID terhadap kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lima tahun,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan agensi itu di laman Twitter. Dos yang diluluskan adalah satu perempat daripada dos dewasa, dan dos kedua akan diberikan sekurang-kurangnya sebulan selepas dos pertama.

    Health Canada memaklumkan pihaknya akan memantau kesan sampingan vaksin, memandangkan ia adalah kali pertama vaksin COVID-19 diluluskan untuk kumpulan umur itu. Syarikat pengilang turut diarahkan untuk memberi laporan berterusan mengenai vaksinasi. Kajian menunjukkan bahawa vaksin yang diberikan kepada kumpulan itu mempunyai hasil sama seperti vaksinasi terhadap golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...