Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada menjadi syurga buat para pendatang

    AMERIKA SYARIKAT – Sebuah teksi berhenti di sebuah bandar kecil di Champlain dan sarat dengan barang-barang.

    Sebuah keluarga diiringi dengan dua orang kanak-kanak keluar daripada teksi itu dan berjalan ke kawasan berjalan kaki yang sealiran dengan sempadan Amerika Syarikat dan juga Kanada. “Kami datang dari bandar Jersey City,” kata seorang ayah, Mohammed Ahmed kepada wartawan AFP.

    Bandar Jersey City terletak berhampiran dengan New York iaitu dianggarkan 300 batu (500 kilometer) di Selatan Amerika Syarikat.

    Sambil berjalan, Mohammed Ahmed dan isterinya menjelaskan bagaimana mereka telah meninggalkan Pakistan, 11 bulan yang lalu selepas mendapat satu ancaman bunuh.

    “Kami datang ke Amerika Syarikat untuk meminta perlindungan namun kini kami amat takut dan khuatir jika kami dihantar kembali ke Pakistan setelah Presiden baru, Donald Trump mengarahkan dasar anti-pendatang di negara ini,” tambah Mohammed merasa sedih.

    Mohammed menyeberang sungai dan menunjukkan passportnya kepada pihak polis dan berpaling untuk membantu anak perempuannya yang berusia tiga tahun manakala isterinya membawa anak damit mereka. – AFP
    Mohammed menyeberang sungai dan menunjukkan passportnya kepada pihak polis dan berpaling untuk membantu anak perempuannya yang berusia tiga tahun manakala isterinya membawa anak damit mereka. – AFP

    Merentasi sempadan wilayah New York di kawasan Quebec, dua pegawai polis Kanada memberi amaran kepada pada pendatang jika memasuki Kanada secara haram, mereka akan ditangkap. “Tidak mengapa.

    Kami hanya perlu untuk menyeberang sempadan,” kata Mohammed kepada wartawan.

    Mohammed menyeberang sungai dan menunjukkan pasportnya kepada pihak polis dan berpaling untuk membantu anak perempuannya yang berusia tiga tahun manakala isterinya membawa anak damit mereka yang berusia tiga tahun di dalam kain sambil menyeberangi sungai yang dipenuhi dengan batu batan.

    Syarat-syarat untuk membuat lintasan sempadan yang baik walaupun apa pun keadaan cuaca ialah dengan menunjukkan identiti atau pasport yang ada. Beberapa minit kemudian, keluarga tersebut mendapati diri mereka sudah berada di tanah Kanada, mereka semua merasa lega dan terasa selamat di Kanada. Pihak polis Kanada membawa mereka ke pos sempadan rasmi Lacolle iaitu kira-kira 10 minit di mana mereka ditemui. Keluarga itu disoal siasat sebelum didaftar telah memasuki Kanada.

    Jika semua prosedur berjalan lancar, keluarga tersebut akan pergi ke Montreal iaitu 40 batu ke Utara Kanada. Pada minggu lepas, dianggarkan seramai 70 orang telah menyeberangi sungai untuk pergi ke Kanada.

    Menurut satu tally daripada AFP dan polis tempatan mengatakan bahawa antara mereka yang memasuki dan menyeberangi sungai untuk ke Kanada ialah terdiri daripada keluarga Haiti, Colombia dan juga majoriti penduduk Islam.

    Sebuah keluarga Syria yang tinggal di Amerika Syarikat selama 18 bulan dan anak perempuannya yang mana telah menamatkan pengajian sekolah tinggi pada bulan Jun tahun lepas telah meninggalkan Amerika Syarikat secara tergesa-gesa selepas Trump mengharamkan kemasukan penduduk dari tujuh buah negara-negara Islam, termasuk Syria untuk 90 hari dan terus dihalang untuk memasuki Amerika Syarikat.

    Pergerakan penghijrahan bermula

    Perintah yang telah diarahkan oleh Trump yang bermula pada 27 Januari lalu iaitu seminggu selepas beliau mengambil alih jawatan telah disekat oleh pihak mahkamah namun pihak pentadbiran tokoh itu sedang berusaha untuk memindanya untuk menangani bantahan undang-undang.

    Melissa Beshaw, seorang nenek yang tinggal di sebuah rumah kecil kira-kira 165 kaki dari sungai itu berkata pada pihak Amerika Syarikat, “Sejak Trump memegang pusat pentadbiran negara ini, keadaan sentiasa diselubungi dengan trafik malah sebelum ini saya selalu akan keluar melihat apa yang berlaku di sungai-sungai ini, kini, saya sudah tahu dan tidak mahu tahu lagi,” tambah Melissa kepada wartawan AFP.

    Beberapa pendatang yang tiba di Platrsburgh akan membuat perhentian di di New York sebelum merentasi sempadan.

    Dua pegawai polis Kanada memberi amaran kepada pada pendatang jika memasuki Kanada secara haram, mereka akan ditangkap. – AFP
    Dua pegawai polis Kanada memberi amaran kepada pada pendatang jika memasuki Kanada secara haram, mereka akan ditangkap. – AFP
    Seramai 10 hingga 25 pendatang dan sering menuju ke sempadan pada waktu subuh dengan meninggalkan beberapa barang. – AFP
    Seramai 10 hingga 25 pendatang dan sering menuju ke sempadan pada waktu subuh dengan meninggalkan beberapa barang. – AFP

    “Sebelum merentasi sungai, para pendatang akan menggunakan teksi dengan kos sebanyak AS$200 ke AS$300,” kata Denise Quinte, seorang pekerja di sebuah motel berhampiran di mana kereta-kereta teksi itu berhenti.

    Sejak awal Februari, motel itu telah menyaksikan sekitar 10 hingga 25 pendatang dan sering menuju ke sempadan pada waktu subuh dengan meninggalkan beberapa barang.

    Manakala yang lain pula, menggunakan kereta dari bandaraya New York dan negeri-negeri jiran seperti Massachusetts dan New Jersey.

    Bilangan pendatang semakin meningkat berbanding beribu-ribu yang menyeberangi Mediterranean setiap bulan untuk sampai ke Eropah.

    Walaupun pihak berkuasa Kanada tidak langsung menghubungkan situasi itu kepada pihak Trump, namun mereka mengakui bahawa bilangan pendatang dari Amerika Syarikat telah meningkat sejak Januari lepas terutamanya melalui sempadan Quebec.

    Trend ini menjadi menarik kerana sehingga kini, Amerika Syarikat seolah-olah mengalu-alukan pendatang itu untuk pergi.

    Tebing sungai sempadan dipenuhi dengan sampah seperti botol air, sarung tangan, topi dan kerusi roda kanak-kanak malah turut ditinggalkan seperti telefon bimbit.

    Satu beg plastik yang dibuang turut ditemui yang mengandungi dokumen perjalanan dari negara Sudan.

    Dokumen itu dibasahi dengan air dan tertera nama Asma Elyas dan suami, Ayman melarikan diri dari Sudan pada tahun 2014.

    Dokumen itu turut menjelaskan bagaimana perjalanan mereka, selepas beberapa bulan di Arab Saudi, pasangan itu telah terbang ke Washington pada September 2016 iaitu dua bulan sebelum pilihan raya Donald Trump.

    Pasangan Sudan itu bersetuju untuk membayar sekitar AS$3,500 bagi mendapatkan perlindungan di negara itu malah dalam dokumen itu menyatakan bahawa Asma telah mengandung.

    Kini, pasangan itu telah meninggalkan Amerika Syarikat dan memasuki Kanada. Justeru, memang layak Kanada dikenali sebagai syurga buat pendatang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda