OTTAWA, 1 JULAI – Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Theresa Tam kelmarin, mengesahkan sebanyak 278 kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di negara tersebut setakat 29 Jun.
Kes jangkitan telah dilaporkan secara meluas, termasuk empat kes di Britain Columbia, lima di Alberta, Ontario (67) dan Quebec (202), lapor Xinhua.
Tam berkata semua orang berisiko terdedah kepada jangkitan cacar monyet dan tidak eksklusif kepada mana-mana kumpulan.
Menurut data epidemiologi terkini, majoriti kes membabitkan golongan lelaki berumur antara 20 hingga 69 tahun.
Virus cacar monyet tergolong dalam keluarga orthopoxvirus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – Bernama