Tuesday, January 21, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada siasat insiden pesawat terbakar semasa mendarat

    OTTAWA, 31 DIS – Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada kelmarin berkata bahawa pesawat yang mengalami kebakaran sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield pada hujung minggu telah dialihkan dan siasatan sedang dijalankan, menurut laporan media tempatan.

    Lapangan terbang itu kelmarin berkata landasan telah dibuka semula, dan kedua-dua landasan lapangan terbang itu boleh digunakan untuk penerbangan biasa.

    Menurut laporan, siasatan akan merangkumi pemeriksaan teknikal yang memfokuskan gear pendaratan sebalah kiri pesawat.

    Siasatan itu juga akan menilai faktor seperti operasi pesawat, keadaan meteorologi, sejarah penyelenggaraan dan lainnya.

    Agensi keselamatan pengangkutan mengeluarkan kenyataan pada Ahad ia telah ‘mengarahkan satu pasukan penyiasat berikutan kejadian kemalangan yang melibatkan pesawat Havilland DHC-8-402 yang dikendalikan oleh PAL Airlines.

    Pesawat The Air Canada Express yang dikendalikan oleh PAL Airlines tiba dari St John dan mengalami kemalangan sebaik tiba pada malam Sabtu.

    Pesawat tersebut membawa kru dan 73 penumpang semasa sayap kiri pesawat tergelincir di sepanjang laluan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

    Bulan lalu, agensi keselamatan pengangkutan mengarahkan satu pasukan penyiasat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Montreal/Mirabel, Quebec, di mana salah sebuah gear pendaratan utama Boeing 737-400 rosak semasa mendarat. – Xinhua

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda