Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kanada tamatkan kontrak Supermax susulan dakwaan buruh paksa

    KUALA LUMPUR, 18 JAN – Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pemerolehan Kanada pada Selasa menamatkan kontrak penyumberannya dengan Supermax Corp Bhd susulan dakwaan penggunaan buruh paksa terhadap pengeluar sarung tangan itu.

    Negara itu menghentikan import sarung tangan getah daripada Supermax pada November tahun lepas selepas membuat keputusan untuk menentukan langkah seterusnya susulan laporan audit terhadap amalan buruh syarikat tersebut.

    “Berdasarkan keseriusan dakwaan itu dan jangkaan garis masa bagi keputusan audit akhir, kerajaan Kanada telah memutuskan, dan Supermax Healthcare Canada bersetuju untuk menamatkan dengan persetujuan bersama dua kontrak sedia ada bagi bekalan sarung tangan nitril,” kata jabatan itu kepada pemberita dalam satu kenyataan menerusi e-mel hari ini.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...