Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanada tetap tenang hadapi COVID-19

    TORONTO – Walaupun Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mentadbir urusan negara dengan melakukan pekerjaan dari rumah ketika pengasingan diri, penduduk di Toronto juga melakukan bahagian mereka untuk membendung penyebaran COVID-19 di bandar terbesar di negara ini.

    Trudeau adalah ketua negara G7 pertama yang akan berkurung di rumah selepas isterinya Sophie diuji positif virus pada 12 Mac lalu selepas melakukan perjalanan dari London, yang menghantar mesej yang jelas kepada rakyat Kanada bahawa virus itu berada di negara berkenaan.

    Sekarang kehidupan yang biasa, kini terpaksa tinggal di rumah dan mengelakkan perhimpunan yang telah ditetapkan selepas penutupan sekolah-sekolah, perpustakaan-perpustakaan dan muzium-muzium di seluruh dunia di mana sentuhan boleh mengundang bahaya.

    Walaupun penutupan separa di metropolis, ramai penduduk masih berfikiran positif.  Terdapat barisan yang panjang di hadapan kedai barangan ValueMart, dengan pembeli-pembeli berdiri sekurang-kurangnya dua meter dari satu sama lain.

    Seorang pengurus kedai muda sedang memerhati dengan berhati-hati, dengan hanya seorang pembeli selepas seorang yang keluar.

    Gambar bertarikh 27 Mac 2020 menunjukkan para pelanggan beratur untuk memasuki salah sebuah kedai di Toronto, Kanada. – Xinhua
    Kelihatan orang awam sedang berjoging manakala seorang wanita membawa anjingnya berjalan dengan melakukan penjarakkan sosial. – Agensi
    Notis menunjukkan hanya menerima pesanan bawa balik di salah sebuah restoran di Toronto. – Xinhua
    Seorang wanita melintasi Royal Alexandra Theatre di Toronto yang merupakan kumpulan kedua yang ditutup pada 25 Mac lalu, selaras dengan penutupan mandatori yang diperluaskan. – Agensi

    Di dalam kedai, penghalang kaca besar telah dipasang di kaunter-kaunter untuk memisahkan juruwang dari pembeli, dengan ruangan kecil yang dibuka di bawahnya, di mana mesin pembaca kad boleh disisipkan.

    “Maksimum 20 orang yang dibenarkan di dalam pada bila-bila masa untuk menjamin keselamatan para pelanggan kami,” kata seorang juruwang.

    “Keselamatan anda adalah keutamaan kami,” yang tertulis di atas notis di pintu masuk.

    Sue berkata dia kagum dengan penerapan kedai-kedai yang telah menyesuaikan diri dengan inisiatif baharu.

    Banyak pasar raya lain, termasuk Longo dan Loblaw, juga telah memasang perisai kaca untuk melindungi juruwang dan pelanggan.

    Terdapat tanda STOP berwarna hitam dengan huruf putih dilekatkan paip kuning berdekatan pintu masuk ValueMart, yang menyatakan “Ditegah masuk jika anda harus berada dalam pengasingan sendiri.”

    Dalam bahan pembinaan dan gedung perkakas Home Depot di 101 Wicksteed Avenue, hanya satu daripada tiga pintu masuknya yang masih terbuka. Keramaian pembeli ke kedai berkenaan adalah berkurangan dari seminggu yang lalu kerana hanya pembaikan rumah dan penyelenggaraan kecemasan yang dibenarkan di wilayah itu sekarang.

    Kedai Elektronik Best Buy telah menghalang pelanggan daripada memasuki kedai. Sebaliknya pekerja kedai mengambil barangan yang diperlukan oleh pelanggan di meja yang menyekat pintu masuk. Kedai juga menawarkan hand sanitizer untuk para pelanggan.

    Sentiasa bersikap tenang dan tabah

    Pemilik Wild Wing, sebuah restoran sukan yang menyajikann sayap ayam pedas, bimbang pendapatan akan merosot.

    “Pada kebiasaannya, pendapatan harian saya kira-kira AS$1,000, tetapi semalam saya hanya mendapat kira-kira AS$200,” katanya pada hari Jumaat lalu, sambil menambah bahawa tidak cukup untuk membayar tukang masak, utiliti atau membayar sewa. Pawagam-pawagam, kedai-kedai perabot, kedai-kedai buku dan kedai-kedai pakaian serta perniagaan yang tidak penting, adalah kumpulan kedua yang ditutup pada 25 Mac lalu, selaras dengan penutupan mandatori yang diperluaskan.

    Walaupun alasan yang sama untuk penutupan atas perintah kerajaan, banyak kedai telah meletakkan notis penutupan khas.

    “Kami minta maaf kerana telah kehilangan anda… Kami harap anda sihat dan berharap dapat berjumpa dengan anda sekali lagi setelah kami melewati masa yang belum pernah berlaku ini … Sentiasa sihat, selamat dan berehat,” kata-kata dalam notis di Sleep Country.

    Bersama sebagai satu komuniti

    Costco di kejiranan East York di Toronto berkata salah seorang pekerjanya telah didiagnosis dengan COVID-19. Pada hari terakhir pekerja tersebut bekerja pada 16 Mac lalu, menurut penjelasan oleh syarikat berkenaan.

    “Kita perlu mempunyai empati untuk orang-orang yang bekerja keras di kedai-kedai ini,” kata Lorna Yates, pembeli di tengah-tengah Toronto.

    Dengan lebih banyak langkah berjaga-jaga untuk melindungi pekerja yang berada di barisan depan pertempuran terhadap virus, jangkitan mereka mungkin menurun.

    Sementara itu, kerajaan Kanada membantu orang-orang Kanada dan perniagaan menghadapi serangan virus dengan mengeluarkan pakej bantuan secara besar-besaran.

    “Kami bercakap tentang AS$107 bilion untuk pekerja, keluarga dan perniagaan yang mengalami masa sukar kerana COVID-19,” kata Trudeau.

    Sehingga Jumaat petang lalu, Kanada melaporkan 4,633 jangkitan yang disahkan dan mengandaikan, dengan 53 kematian.

    Bank of Canada pada hari Jumaat lalu membuat potongan ketiga kepada kadar faedah penanda aras dalam masa dua minggu, menurunkannya kepada 0.25 peratus untuk mengurangkan kemusnahan ekonomi akibat COVID-19. Kos pinjaman untuk perniagaan dan pengguna akan lebih rendah.

    Pejabat-pejabat perubatan, kedai runcit, farmasi, bank dan restoran bawa balik masih dibuka, dengan beberapa operasi dalam talian. Bas-bas masih beroperasi seperti biasa mengikut masa yang ditetapkan. Orang ramai sedang berjoging atau berjalan bersama anjingnya, dengan melakukan penjarakkan sosial daripada rakan-rakan mereka. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda